Asya Nadhira, 21tahun. Pengangur lepasan STPM. Disebabkan kesempitan hidup selepas pemergian ayahanda tercinta akibat kemalangan, Asya Nadhira hanya mampu menduduki STPM sahaja. Itu pun selepas dipujuk oleh ibunya, Puan Hanizah. Kalau tidak, memang dia tidak mahu sambung belajar. Nak kerja sahaja. Alasannya, nak mengurangkan beban ibunya. Puas dipujuk, padahal Asya merupakan pelajar yang cemerlang dan menerima biasiswa. Jadi soal kewangan bukanlah masalah untuk ibunya menghantar dia ke sekolah. Dalam STPM juga, Asya telah memperolehi keputusan yang cemerlang. Cuma Asya tidak memohon dimana-mana universiti mahupun kolej. Dia sekarang hanya bekerja sebagai pekerja kilang disebuah kilang membuat cat berdekatan rumahnya. Puas ibunya memarahi tapi ada saja yang dijawab.Sehinggalah pada suatu hari,
"Asya! Oh Asya! Tak bangun-bangun lagi ke? Tak reti nak tengok jam dah pukul berapa? Tu lah dia anak dara zaman sekarang! Malam-malam pegi keje, orang lain membuta dia pegi keje. Bile kite marahkan, ade je jawabnye. Cari rezekilah, apelah. Macamlah ibu ni dah tak sihat. Dah tak mampu nak cari rezeki! " , bebel ibu.
"Ibuku tercinta, malam tadi Asya tukar shift dengan kawan Asya. Kebetulan pakciknya sakit, jadi dia kene pegi ke rumah pakciknya tu. Lagipon ni untuk keluarga kite jugak bu. Bukan Asya enjoy sorang. " , pagi-pagi ayat kene manis, kalau tak ada yang makan nasi lauk garam pulak tengahari ni. Hehehe , bisik Asya.
"Ape lagi yang kau menungkan tu? Tersengih-sengih, elok sangatlah tu muka macam tu? Takdelah nanti orang nak datang meminang kau Sya.. " , ibu memerli.
Aku menjawab, "Ibu ni, masin mulut tu kang! Taulah padahnye. Terpaksalah ibu membebel dekat Sya tiap2 hari sampai Sya tua. Hahahaha.. "
"Entah sempat entah tidak ibu tengok kau tua Sya. Ni pun ibu da 48 tahun Sya. Bukannya muda lagi. Nasib baiklah kau sorang je anak ibu. Kalau tak, tak tahulah ape nasib ibu sekarang. Tah sempat tah nak menimang cucu.. " , hah ! Amik kau ! Drama bersiri ibu dah keluar dah pagi-pagi ni. Jadi sebagai anak yang solehah, aku pun pergi memujuk ibu,
"Ibu janganlah cakap bukan-bukan bu. Mesti sempat punya. Jangan sedih-sedih ye bu? Nanti orang bagi ibu cucu. Hehehe " , ayat memujuk ye, bukan betul-betul. Ni hanya angan-angan je. Boypren pun takde, macammanelah nak kahwin Asya oit? Hahaha!
"Asya kena buat perjanjianlah macamni dengan ibu. Kalau tak buat, sampai bile pun tak bercuculah ibu. " , tiba-tiba ibu bersuara. " Hah?? Perjanjian?? Perjanjian apa ni bu?? Cucu?? Ibu ni demam ke ape ni bu?? Meh makan ubat bu, Asya suapkan.. " , ucapku sambil menggaru kepala yang tak gatal. Biar betul ibu ni?!
*****
Dalam masa 3 tahun?? Astagfiruallah al azim.. Gurauan apalah yang ibu buat semalam. Pening kepalaku memikirkannya. Ingat semua tu mainan ke ape? Senang-senang je minta. Nasib baik ibu tercinta yang minta, kalau tak, memang dah kena luku dah kepalanya. Haishh.. Pening pening.. Harini semua benda yang kubuat serba tak kena. Dah lah harini ramai kecoh pasal budak baru masuk tu. Entah apa yang bagus sangat dengan budak tu pun aku tak tahu. Padahal tengok pun belum. hehehe . Propaganda je lebih.
Tiba-tiba Haidan, merangkap kawan baikku ditempat kerja ni datang menghadap depan mukaku sewaktu aku sedang mengira tin cat yang baru selesai pemprosesan. Tak lain tak bukan nak cerita pasal budak baru tu la tu.
Haidan ni memang popular dengan mulut bisa dia, tapi aku tak pernah kisah pun. Kalau tak disebabkan mulut dia ni, dah tentu sekarang ni aku tak kerja dah dekat sini. Hehe . Apa yang terjadi antara kami, Biarlah Rahsia... Ala-ala lagu Dato' Siti Nurhaliza tu. Hehehe.
"Nad! Busy nampak? Nak amik hati bos baru ke? " , usik Haidan. Ni yang aku suka dengan tempat kerja aku ni. Seumur hidupku, tak pernah ada orang yang memanggilku dengan nama belakang kecuali arwah ayah, tapi mereka memanggil aku dengan nama Nad. Sama seperti arwah ayah. Dah dah, jangan buat drama dekat tempat kerja. Kan dah janji dengan arwah, tak nak sedih-sedih. Jatuh market nanti. hehehe.
"Ape bendelah kau ni Yan. Bos baru mane pulak ni? Habis HR lame tu pegi mane?" , tanyaku yang sememangnya tak paham apa-apa. "Tu lah kau Nad! Orang menyambut orang baru, kau duduk tercongok dekat sini!" , kata Haidan lalu mengangkat kaki ke tempat lain. Aik ! ABC ke budak ni? Sebenarnya Haidan ni sudahpun bertunang da berusia 23 tahun. 2 tahun lagi tua tapi tak suka digelar kakak. Takut jatuh standard. Hehehe. Tiba-tiba aku terperasan ada seseorang yang memerhati. Siapa dia? Dia ke bos baru tu? Atau budak baru yang menjadi kegilaan ramai tu?
*****
Harini ada majlis perpisahan untuk bos lama kami, En. Daud. Sepanjang hampir 2 tahun bekerja disini, En. Daud memang seorang yang baik dan peramah. Yang paling mengagumkanku adalah apabila dia sering membawa isteri dia bersama ke tempat kerja apabila dia terpaksa bekerja pada hari cuti.
Alasannya, "Cuti sepatutnya bersama isteri, bukan ke tempa kerja. Jadi saya bawaklah isteri saya ke sini.." , sweetkan? Seronoknya kalau saya dapat suami macamtu. Eh ! Asal tiba-tiba sebut pasal suami pulak ni? Hehehe . Dah gateii . By the way, majlis perpisahan itu juga diadakan secara besar-besaran malah pihak keluarga pekerja juga dijemput. Jadi, ibu saya adalah jemputan yang paling semangat.
"Asya! Asya! Ok tak ibu pakai macamni? Kau malu tak kalau ibu pakai macamni?" , soalan ibu bertalu-talu ditelingaku. "Ibu ibu. Risau sangat pandangan orang lain kenapa bu? Pakailah ape je yang ibu selesa. Jangan terseksa dan terseksi cukuplah." , jawabku selamba. "Eh eh budak ni.. Orang tanye macam tu dia jawab. Takpelah dah kalau tu kate kau." , Balas ibu berbaur kecewa. Hehehe. Kami memang begini, Kalau tak ibu merajuk, aku yang bakal merajuk. Begitu juga sebaliknya.
Di Majlis Perpisahan..
"Assalamualaikum Makcik. Apa khabar? Makcik macam gelisah je. Kenapa ni?" , tanya seorang pemuda pada Puan Hanizah. Makcik ni tak silap aku ibu pada perempuan yang tak ambil tau pasal aku tu. Ada chance ni. Hehehe . Bisik pemuda itu. Tanpa Asya dan ibunya sedari, rupa-rupanya pemuda itulah bosa baru Asya.
"Waalaikummusalam nak. Takde pape. Makcik ok. Cume tak selesa mungkin. Ni pertama kali makcik datang ke majlis macamni. Tu kekok sikit. Yela, ni tempat keje anak makcik, bukan tempat keje makcik." , jawab Puan Hanizah.
"Ohh. Kebetulan ye makcik. Saya pekerja baru disini. Saya pun agak kekok sebab masih tak kenal dorang ni semua. Hehehe." , balas pemuda itu.
"Eh, kite beborak ni sampai saya terlupe pulak nak kenalkan diri saya. Saya Asyraf. Ahmad Asyraf. Baru bermula keje disini 2 hari yang lepas. Makcik pulak?" , terang pemuda yang mengenalkan diri sebagai Asyraf itu dengan penuh sopan.
"Nama makcik Hanizah. Panggil je ibu. Tak selesa pulak bile bermakcik-makcik. Di kawasan rumah makcik tu semuanya panggil ibu je. Anak ibu yang bekerja disini. Asya namanya. Asya Nadhira. Dah dekat 2 tahun jugak dia keje disini." , jawab Puan Hanizah lembut.
"Kalau macam tu bolehlah saya mintak tunjuk ajar daripada anak ibu. Hehehe. Maklumlah, saya ni baru je masuk dalam industri cat semua ni. Masih dalam proses pembelajaran." , ni kira ayat manis lah ni. Sebab nak ngorat perempuan yang bernama Asya Nadhira tu. Bisik Asyraf jahat .
"Ibu duduk di kawasan mane? Senang-senang nanti boleh saya melawat. Maklumlah, mama saya jauh duduk di KL sane. Saya terhumban pulak di utara ni. Hehehe." , tanya Asyraf manis.
"Ohh. Anak perantauan lah kirenye Asyraf ni. Ibu duduk dekat Taman Perumahan Mega sane. Tak jauh pun. 10 minit je daripada sini. Rajin-rajin nanti datanglah menyinggah. Tapi rumah ibu takdelah besar mana. Kecik je. Yang tinggal pun 2 orang je. Ibu dengan Asya je. Rumah pun bukan rumah sendiri. Rumah sewa je." , terang Puan Hanizah jelas kepada pemuda yang baru dikenalinya tu. Entah kenapa entah tiba-tiba dia boleh menerangkan tentang dirinya dan anaknya pada pemuda itu sedangkan selama ini Puan Hanizah merupakan seorang yang sangat teliti dalam mengenali seseorang itu dan bukanlah seseorang yang sangat mudah untuk mengajak orang tidak dikenali datang ke rumah. Puan Hanizah bagai dapat merasa kebaikan pemuda itu.
Asya yang memerhati daripada jauh sangat pelik dengan kelakuan ibunya. Tidak pernah lagi selama ini dia melihat ibunya rapat dengan mana-mana anak muda sebegitu sekali.
Alasannya satu je, "Ibu tengok mereka semua tu macam takde halatuju. Takutlah ibu nak rapat dengan dorang. "
Itu yang dia sangat pelik dengan perangai ibunya. Ibunya belum lagi mengenali hati budi mereka tetapi dah memasang niat tidak mahu mengenali mereka padahal mereka semua hormat je pada ibu. Tapi tiba-tiba malam ni ibunya bagai berubah fikiran dan pendirian pulak. Asya cuba untuk mendekati ibunya dan pemuda itu. Bukanlah apa, Asya tidak mahu ibunya terkena ayat manis ke ape ke daripada pemuda itu. Ini kerana pemuda itu Asya tidak kenal dan tidak pernah jumpa sebelum ini. Macammana pulak dia boleh ada dalam majlis ini kalau dia takde kena mengena dengan syarikat ini? Padahal majlis ini majlis tertutup. Mestilah dia merupakan jemputan syarikat.
"Ibu... Sorry bu sebab pegi tinggalkan ibu. Sya pegi jumpe En. Daud dengan isteri dia tadi. Borak punye borak terlupa pasal ibu. Hehehe. Sorry ibuku.." , ayat manis Asya untuk melembutkan hati ibunya atas kelalaian dirinya sendiri. Hehehe.
"Tulah dia anak dara sorang ni. Kalau berjumpe kawan, ibu sendiri pun dah lupe. Ni baru kawan, nanti da bersuami entah macammane tah dia tinggalkan ibunya ni.." , jawab ibu berbaur sedih.
"Alahh bu.. Sya tak sengaje. Sya mintak maaf k? Sya terleka." , balas Asya memujuk.
"Kalau macamtu bu, ibu kawinkan je Asya dengan saya. Mesti saya takkan buat dia lupe dekat ibu punyelah.. Hahahahaha.." , selamba Asyraf. Walaupun dalam nada bergurau tapi kalau dapat bini secantik dan semanis Asya, memang tak lepaslah. Hehehe. Bisik hati Asyraf.
Asya mencebik, "Ek eleyh mamat ni. Selamba je terjah masuk perbualan anak beranak. Muke tak malu langsung!" , balas Asya.
"Asya.. Sape yang ajar Asya cakap macam tu dengan orang tu? Ni nama dia Asyraf. Staff baru disini. Dia lah yang menenangkan hati ibu waktu kau tinggalkan ibu tadi. Dia baik dengan ibu. Ape salahnya kalau dia jadi menantu ibu. Ye tak Asyraf?" , gurau ibu. Tapi dalam hati si ibu ini, memang berharap agar pemuda sebaik Asyraf yang akan menjadi pilihan anaknya itu.
"Eh eh ibu ni. Sejak bila ibu mule protes Sya ni? Bukan sebelum ni ibu jugak yang cakap, jangan selamba je berbaik dengan orang yang kite baru kenal ke bu?" , usik Asya.
"Ye tak ye jugakkan bu. Ibu baru kenal saya, tapi ibu dah boleh rapat and menceritakan semuanya pasal ibu dengan Asya dekat saya. Ibu tak takut ke kalau saya ni perompak ke, penagih dadah ke..?" , selamba betul mamat ni! Nak buat ibu aku naik darah tinggi ke ape dia ni?! Geram Asya hanya dalam hati.
"Apelah Asyraf ni. Mane ade perompak yang cakap macamtu dengan orang. Mane ade jugak penagih dadah yang berisi macam kau ni. Ibu selalu tengok cerita-cerita dekat tv tu. Ibu taulah macam mana perompak, penagih dadah semua tu. Setiap cerita kan ade teladannya." , jawab ibu.
"Ohh. Ibu pelayan sinetron dengan cerekarama eh? Hahaha.." , soal Asyraf.
"Ibu.. Anak ibu yang mane satu ni? Asya ke lelaki tu? Ke ibu memang ade anak lain tapi rahsia daripada Asya?" , tanya Asya berbaur merajuk.
"Alayh anak ibu ni. Bergurau pon tak boleh. Anak ibu satu je. Anak dara ni hah, Asya Nadhira. Anak paling malas dalam dunia ni." , jawab ibu.
"Eeiii ibu ni kan. Memang saje jela. Kalau Sya malas Sya tak keje tau. Duduk je dekat rumah tu. Besarkan punggung."
"Hahaha.. Ibu tau la sayang. Ibu saje je nak usik-usik anak ibu ni."
Asyraf yang mendengar juga tergelak mendengar usikan da gurauan anak beranak ini.
Dan bermulalah pertemuan pertama mereka bertiga.
*Assalamualaikum .Nantikan sambungannya. Masih dalam pemprosesan belajar. Minta komen :) Terima kasih kerana sudi membaca.
No comments:
Post a Comment