Thursday, 10 November 2011

Pertemuan Pertama 2


Ahmad Asyraf Berthold. 26 tahun. Anak kelahiran kacukan ini berasal daripada Kuala Lumpur. Ayahnya merupakan seorang mualaf yang berasal dari German. Ibunya pula berasal daripada keturunan Cina. Tetapi kedua-dua orang tuanya sudahpun memeluk agama Islam sebelum bernikah lagi. Asyraf mempunyai seorang kakak yang bekerja sebagai doktor di Hospital Kuala Lumpur. Asyraf merupakan pelajar lepasan University of Melbourne in Bachelor of Agriculture. Kalau mengikut latarbelakang Asyraf yang berasal dari keluarga yang mewah, pasti ramai yang beranggapan dia menyambung pelajarannya atas bantuan ayahnya sendiri tapi sebenarnya, Asyraf merupakan seorang pelajar biasiswa dibawah tanggungan JPA. Walaupun dia merupakan anak kepada salah seorang jutawan di Kuala Lumpur, tetapi tidak sedikitpun menjadikan dia seorang yang sombong dan mudah terpengaruh dengan gejala-gejala negatif zaman sekarang yang amat membimbangkan walaupun Asyraf sudah menetap di Melbourne hampir 7 tahun. 


"Pa, are you insane? Takkan la Syaf nak pegi dekat tempat yang Syaf tak pernah jejakkan kaki?? Kalau ye pun papa nak Syaf start dari mula, takkan dekat Hulu Selangor sane?? Jauh tu pa. Dah lah dekat situ takde sorang pon yang Syaf kenal. Syaf nak duduk mane nanti pa? Ma.. You must help me ma. Tolonglah bagitau papa yang rancangan papa ni tak masuk akal. Syaf sanggup pa pegi keje dekat syarikat papa yang dekat Singapore tu. Tapi janganlah suruh Syaf duduk dekat Hulu Selangor tu. Syaf taknak pa,ma.. Syaf sanggup belajar dari mula kalau tu yang papa nak. Syaf sanggup lupakan niat Syaf nak keje dekat tempat lain semata-mata nak ikutkan cakap papa dengan mama. Tapi janganlah buat Syaf macamni..." , rayu Asyraf selepas papanya, Tan Sri Ahmad Yusuf Berthold Abdullah mengatakan hasrat untuk menghantar Ahmad Asyraf, satu-satunya anak lelaki beliau ke Hulu Selangor dimana terletaknya syarikat penghasilan cat tempatan milik kawannya, Datuk Amri yang baru mula berjinak-jinak dalam bisnes ini. 
"I've told you Syaf. It won't take much of your time. I just want you to be there unless than 1 year. Then, you can make your own decision. I'm really meant with my word. Just for a year. Help my friend. Then, I'll let you free."
"Pa.. Syaf baru je balik dari oversea pa. Syaf duduk sana hampir 7 tahun pa. Syaf baru nak biasakan diri Syaf dengan keadaan dekat sini. Tiba-tiba papa nak Syaf pergi ke tempat yang papa sendiri tak pernah pegi. How did I want to be familiar there? Ma.. Help me. I don't want to go there. I'm begging to you pa.. Please.. Kesiankanlah Syaf.. Syaf takut nak tinggal disana. Syaf takde sape-sape disana pa."
"Syaf, janganlah risau. Papa dengan mama akan selalu jenguk Syaf disana. Syaf pun boleh balik kesini selalu. Nanti Syaf akan duduk dirumah kawan papa tu. Dia ade banyak rumah sewa. Syaf boleh duduk disana. Gaji Syaf akan diberi mengikut kelayakan Syaf sebagai manager disana. Syaf akan menggantikan tempat pekerja Uncle Amri. Uncle Amri naikkan pangkat pekerja dia tu. So, dia transfer manager tu ke tempat lain. Kebetulan dekat situ takde lagi sape-sape yang layak memegang jawatan manager, papa offer lah anak kesayangan papa ni. Papa nak Syaf carik pengalaman je. Carik pengalaman sebanyak mungkin. Lagipun Syaf tau kan kerja-kerja seorang manager. Same like your course. Cuma bezanya ni bukan office papa, jadi Syaf perlu ikut macam prosuder Uncle Amri. You've known him, right?"
"Hmm.. Syaf perlu fikirkan dulu. Fikiran Syaf tengah berserabut sekarang ni."
"Syaf, think about it. Syaf boleh minta apa-apa je kereta Syaf nak. Papa akan belikan. Kalau Syaf nak papa belikan rumah Syaf sendiri dekat sana, papa akan usahakan, tapi janganlah tolak permintaan papa ni. Papa berharap pada Syaf. Syaf satu-satunya anak lelaki papa. Papa nak Syaf betul-betul bersedia sebelum menggantikan papa. Papa dah tua Syaf. Dah tak larat nak layan pelanggan-pelanggan kita yang makin lama makin banyak kerenah tu. So, papa nak Syaf betul-betul belajar sebelum melalui semua itu. Papa taknak nanti Syaf putus asa kalau terus masuk dalam bisnes ni. Kita bermain dengan berjuta-juta ringgit. Bukan ratusan. Juta Syaf. So papa taknak Syaf tersalah langkah nanti. Syaf fahamkan maksud papa?"
"Syaf paham pa.. Bukan kemewahan yang Syaf mintak. Papa tau kan Syaf ni macam mane? Baiklah, Syaf akan fikirkan semuanya. Syaf minta diri. Syaf nak keluar kejap pa,ma.."
"Syaf, mama bukan taknak tolong kamu. Tapi, macam yang papa cakap pada kamu, kami berharap dengan kamu. Besar Syaf harapan kami untuk kamu menyambung perniagaan kami ini. Mama minta maaf ye nak?" , pujuk mamanya, Puan Sri Fatimah Lee Abdullah.
"Syaf paham ma. Syaf maafkan. Syaf minta diri ye ma,pa.."
"Jangan balik lewat malam ye Syaf."
"Baiklah."


*****


Runsing Asyraf dibuatnya. Hendak menolak, sudah pasti papa dan mamanya kecewa dengan dia. Nak ataupun tidak, dia kena juga pergi kesana. Apalagi pilihan yang dia ada. Rela dengan tidak rela sahajalah. Mungkin akan ada hikmah disebalik semua ini. Asyraf sedar yang mama dan papa hanya nakkan yang terbaik untuk masa depannya. Dan kerana itu jugalah, Asyraf tekad untuk menerima keputusan papanya. Tetapi Asyraf memerlukan masa untuk bersendirian memikirkan kemungkinan yang akan terjadi kepada dirinya disaat dia tiba disana. Mungkin Uncle Amri ok saja dengan dia, mungkin sebaliknya. Ataupun mungkin pekerja-pekerja di syarikat itu pula yang tidak menyenangi kehadirannya. Maklumlah, Asyraf sedar mungkin ramai yang tidak akan percaya dengan kebolehan yang sedia ada dalam dirinya. Memandangkan usianya yang agak muda dan baru sahaja habis belajar, pasti ramai yang tidak percaya dengan kepandaiannya dalam kerjaya yang bakal diceburi. Belajar agriculture tapi terlibat dalam syarikat penghasilan cat. Kan jauh tu? Tap siapa tahu, rezekinya disitu. Macam yang papa pesan padanya. Ini hanyalah sekadar untuk mencari pengalaman. 'Baiklah, aku akan pergi' Bisik hati Asyraf. 

Puas mengelilingi kotaraya Kuala Lumpur, Syaf berhenti seketika disebuah masjid berdekatan untuk menunaikan solat isyak. Maklumlah, dia keluar tadi betul-betul selepas usai solat maghrib berjemaah bersama kedua orang tuanya. 

Tepat jam 11.00 malam, Asyraf tiba di perkarangan rumahnya. Kelibat mamanya kelihatan ketika dia melintasi ruang tamu. Dia menegur, "Tak tidur lagi ma?" , tanya Asyraf.
"Macammane nak tidur kalau anak kesayangan mama yang sorang ni tak balik-balik. Kamu kemane Syaf? Jumpa makwe lame ke?"
"Eh mama ni. Syaf ni makwe pun takde. Macammane nak jumpe ma? Syaf jalan-jalan satu Kl tadi. Bosanlah ma. Kawan-kawan Syaf semua busy. Yang tak busy pun yang dah kawin tu. Tu pun balik keje awal sebab nak spend time dengan anak bini. So, Syaf jalan sorang jela tadi. Tak keluar kereta pun. Pusing-pusing sini je."
"Kalau semuanya busy, dah kawin, Syaf pun kawinlah. Carik isteri yang baik untuk Syaf habiskan masa Syaf dengan dia. Dapat anak yang soleh, solehah. Takdelah Syaf merungut kebosanan. Mama pun teringin jugak nak bercucu."
"Hishh mama ni.. Sampai kesitu pulak mama sebut. Syaf baru je 4 bulan dekat sini ma. Keje pun belum start. Macammane nak kawin? Dah lah makwe pun takde. Macammane nak kawin ma? Lagipun susah nak carik wanita macam mama Syaf ni sekarang. Senang-senang mama suruh je kakak tu yang kawin. Umur dia pun dah 27 tahun ni. Suruh dia kawin dulu baru Syaf kawin."
"Lah.. ape susah-susah Syaf oit? Tempat keje kamu nanti ramai perempuan. Kamu pilih je yang baik-baik. Lagipun Uncle Amri kamu tu pun berkahwin dengan orang sana. Rupa pun boleh tahan. Nanti kamu pegi sane usha-usha lah mane yang berkenan. Kakak kamu tu tak payah diharapkanlah Syaf. Bertunang dah lame, tapi sibuk memanjang dua-duanya. Mama dengan papa ni puas memujuk suruh kawin. Alasannya takde mase je. Pening dah pun mama tengok asyik kehulur kehilir takde ikatan. Hanya perpegang pada kata tunang saje. Kamu tu nanti pegi ke tempat orang jage batas ye Syaf. Jangan diusik anak-anak dara orang disana. Kalau betul ade yang kamu berkenan, bagitau cepat pada mama dengan papa. Biar langsungkan je. Takdelah kamu jadi macam Faiz tu. Kehulur kehilir dengan kakak kamu, tapi tak bernikah."
"InsyaAllah ma. Syaf jejakkan kaki pun belum kesana. Macammane nak kawin? Kalau ade jodoh Syaf dengan orang sana, Alhamdulillahlah. Hahahahaha.. Pasal kakak tu mama tak payahlah susah nak fikir. Nanti Syaf jumpa si Faiz tu, Syaf luku kepala dia 2-3 kali. Mesti dia terus kawin punyelah dengan kakak."
"Eh eh budak ni. Orang cakap betul-betul, dia main-main pulak."
"Hahahahahahahahahaha..."
"Apa yang bising malam-malam buta ni? Kan jiran-jiran da tidur. Kang terdengar bualan anak beranak ni, terganggu pulak tidur dorang semua. Hah Syaf! Daripada mane ni? Dah malam-malam baru balik rumah. Kalau ye pun merajuk, janganlah matikan telefon tu. Kesian mama kamu tuh. Daripada kamu keluar tak benti-benti menelefon kamu. Kamu kemane?" , tegur Tan Sri Ahmad Yusuf Berthold Abdullah.
"Papa ni pun. Kan anak ni baru balik. Penat pun tak hilang lagi. Baru nak berborak-borak dengan mama disergahnya pulak. Dia tak kemane pun. Berjalan dekat-dekat sini je. Kan dah selamat balik ni. Tak payahlah nak dimarah-marah. Dah malam dah pun ni." , jawab Puan Sri Fatimah Lee Abdullah.
"Syaf tak pegi mane pun papa. Syaf jalan-jalan sekitar sini je. Tak keluar kereta pun. Memanglah Syaf tak angkat call. Phone Syaf ade dalam bilik tu. Syaf charge. Tadi tak bawak. Syaf mintak maaf. Pasal tawaran papa tu, Syaf dah fikir. Syaf terima. Tapi Syaf taknak ape-ape dari papa. Syaf akan bawak je kereta saga Syaf tu pegi kesana dan Syaf akan duduk je dekat rumah yang Uncle Amri sediakan untuk Syaf. Papa dengan mama tak payah kesana. Biar Syaf saje yang balik kesini. Kalau papa dan mama langgar ape yang Syaf mintak ni, Syaf tak teragak-agak nak berhenti kerja. Boleh tak pa?"
"Alhamdulillah. Terima kasih Syaf. Terima kasih sebab terima permintaan papa ni. Esok jugak papa akan jumpe Uncle Amri. InsyaAllah dalam bulan ni jugak, Syaf akan bekerja dengan Uncle Amri. Papa setuju dengan permintaan Syaf. Mah macammane? Setuju tak dengan permintaan anak kite ni?"
"Mah setuju bang kalau tu yang terbaik untuk anak kita."
"Terima kasih mama,papa..", Asyraf teru memeluk mamanya dengan harapan untuk mendapatkan restu daripada mamanya, kemudian papanya pulak.
"Dah dah.. Dah pukul 12 tengah malam ni. Tak payahlah nak berdrama lagi dekat sini. Pegi naik ke bilik kamu Syaf. Mandi bersihkan diri. Dah solat isyak ke belum? Dah makan malam ke belum?" , tanya papa.
"Dah solat dah. Tadi Syaf singgah dekat  Masjid TTDI. Makan je belum. Hehe.."
"Tu lah. Dah tau awak tu tak suka makan makanan dekat luar tu, tapi merajuk jugak lame-lame. Kan dah lapar. Dah, pegi bersihkan diri dulu. Mama pegi hidangkan makanan untuk Syaf." , bebel mama.
"Eh takpelah mama. Syaf boleh buat sendiri. Mama dengan papa pegi la tidur dulu. Dah malam da ni pun. Kalau Syaf lapar nanti, Syaf turun makan. Lagipun Syaf rasa malam ni Syaf kena tidur lambat sikit kot. Nak buat resume nak bagi dekat Uncle Amri esok."
"Syaf nak buat resume untuk ape? Kan papa cakap, Syaf boleh pegi je dekat tempat Uncle Amri tu. Tak payahlah susahkan diri nak buat resume. Nanti Syaf yang tak cukup tidur."
"Tak bolehlah macam tu papa.. Kerja tetap kerja. Resume kene bagi jugak. Nanti buatnye pekerja-pekerja Uncle Amri tu tau Syaf dapat keje dengan Uncle Amri tanpa resume, malulah Syaf. Dah lah Syaf baru lepas belajar. Nampak sangat yang Syaf ni budak mentah yang tak tahu pape."
"Hmm.. Kalau tu kate Syaf, papa tak dapat nak halang. Tapi jangan sampai ke pagi dah. Nanti kamu yang penat. Papa dah pesan ni." , pujuk papa.
"Takpe pa.. Syaf dah biasa bejage malam time dekat oversea dulu. Papa dengan mama pegilah rehat. Syaf mintak maaf sekali lagi sebab dah buat papa dengan mama risaukan Syaf." , ujar Asyraf lalu mencium tangan kedua ibu bapanya.
"Dah lah. Syaf tak buat salah pada kami. Cuma lepas ni, kalau ye pun nak protes bawak sekali handphone tu. Buatpe beli phone mahal-mahal kalau tak diangkut pegi kemane-mane? Mama tau anak mama ni baik kan? Lepas ni jangan buat lagi ye nak?"
"Betul tu Syaf. Papa mintak maaf sebab mendesak kamu. Tapi papa yakin, ni yang terbaik untuk anak papa dan empayar kita. Jadi papa harap kamu paham dan memafkan papa ye?"
"Syaf pun sama ma,pa.. Syaf tak marahkan papa. Syaf tau memang tanggungjawab Syaf sebagai anak untuk menurut segala permiantaan mama dan papa andai itu yang terbaik untuk Syaf. Syaf terima. Papa takde buat salah dengan Syaf." , akui Asyraf sambil tersenyum. 
"Baiklah. Kalau macamtu , mama dengan papa naik atas dulu. Syaf jangan tidur lambat-lambat. Jangan lupa mandi, bersihkan diri. Makan pun jangan lupa. Nanti perut masuk angin pulak." , peringatan Puan Sri Normah kepada anak kesayangan mereka itu.
"Ye ma,pa.. Syaf ingat. Goodnight mama, papa. Sweet dreams. Hehehe."
"Assalamualaikum Asyraf." , tegur papa dan mama serentak.
"Opss! Silap pulak. Waalaikumusalam warramatuallah..Hehehe.." , jawab Asyraf malu.


*****


Harini Asyraf akan bergerak meninggalkan rumah orang tuanya dan berangkat ke Hulu Selangor. Puas mama memujuk, mahu mengikuti Asyraf tapi Asyraf tetap dengan pendiriannya. Dia tidak mahu sesiapa pun tahu tentang kedudukan papanya. Dia tidak mahu nanti ada mulut-mulut yang bercakap dibelakang bahawa Asyraf mendapat kerja atas bantuan papanya. Mulut orang bukan boleh ditutup.

Lebih kurang pukul 11 pagi, ketika Tan Sri Ahmad Yusuf Berthold Abdullah dan isteri, Puan Sri Fatimah Lee Abdullah menjamu sarapan pagi, kakak Asyraf, Nur Amani Berthold tiba bersama tunangnya, Dr. Faiz Zamri Datuk Rahim. Dengan pandangan tajam, Tan Sri Yusuf Berthold Abdullah memandang anak gadisnya.Selepas bersalam dengan kedua orang tuanya, Amani masuk ke rumah untuk berjumpa dengan adiknya. Semenjak adiknya itu balik ke sini, belum sempat lagi dia meluangkan masa bersama adiknya. Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tambahan lagi dia sudah duduk dirumah sendiri dengan alasan ingin lebih dekat dengan hospital tempat dia bekerja.

"Asyraffffff !!!!", jerit Amani bila melihat adiknya sangat lain sekali. Memanglah mereka sering berhubungan melalui Skype, twitter, FB, Ym, tapi tidak disangka-sangka pula adiknya lebih handsome bila berdepan. Ketika menjemput adiknya itu dari Airport dulu pun dia tak sempat nak menatap adiknya itu lama-lama kerana tiba-tiba sahaja dia mendapat panggilan kecemasan yang memaksa dia segera ke hospital.
"Ape kau ni kak? Menjerit macam nampak hantu je. Asal ni? Akak nampak tikus panjat badan Syaf ni ke?" , soal Asyraf pelik melihat perangai kakaknya yang tidak henti-henti memegang badannya sambil memusing-musingkan badan Asyraf sehingga Asyraf terasa pening.
"Kak, janganlah nak buat macamni. Peninglah Syaf. Syaf nak drive lame ni kak."
"Hehehe. Sory sory. Tak sengaje. Akak terkezutt je tengok adik akak yang sorang ni macam handsome semacam. Tu akak belek-belek sikit."
"Alayh kak. Syaf memang dah tau dah yang Syaf ni handsome. Akak tak bagitau pun Syaf dah lame tau. Hahahahahaha..."
"Eleyh.. Masuk bakul angkat sendiri pulak. Orang cakap sikit, dia cakap banyak pulak.", cebik Amani.
"Masuk bakul angkat sendiri pun nak buat macammane. Dah memang kenyataan kan. Hahahahahaha.."
"Eh dik, betul ke kau punye keputusan nak pegi hulu tu? Syaf tak takut ke nak mulakan semuanya dari mula? Bukan akak tak ingat seksanya Syaf waktu mula-mula sampai Melbourne dulu. Siap merayu-rayu dekat papa dengan mama mintak tukar universiti. Bukan akak tak ingat."
"Hishh akak ni. Tu cerita 7 tahun dulu lah. Budak lagi. Memanglah. Lagi-lagi dekat luar negara. Memanglah Syaf merayu-rayu mintak balik. Tapi sekarang ni dalam negara je. Jarak dengan rumah pun kurang 3 jam. Kalau cuak sangat, balik jelah rumah sendiri. Ape susah. Syaf nampak lagi jalan nak balik rumah ni. Bukan macam akak. Sampai adik sendiri balik dari oversea pun tak sempat nak jumpa."
"Eh tu dah lebih. Akak busy la Syaf. Bukan sengaje. Tapi akak balik ape. Sebulan sekali akak mesti balik. Tapi dalam 4 bulan Syaf kat sini, tiap kali akak balik, Syaf keluar. Memanglah tak jumpa."
"Eleyh.. Kalau betul nak jumpe, boleh je akak tunggu. Tap nampak sangat lelaki kat luar tu lagi penting dari adik kandung sendiri kan.."
"Eh eh. Ape Syaf merepek pulak ni?"
"Syaf tak merepeklah kak. Syaf cakap pasal kenyataan sekarang ni. Akak dengan Faiz tu dah macam suami isteri dah Syaf tengok. Kehulur kehilir berdua. Bukan Syaf tak nampak 2 hari sudah, akak dengan Faiz tu jalan berpeluk pinggang dekat Mid Valley. Bila Syaf meseg tanya akak kat mane, akak cakap akak dekat hospital. Syaf diam je. Tak bagitau mama papa pun. Tapi sampai bila akak nak macamni? Umur kite bukan makin mudalah kak. Syaf tego ni bukan nak tunjuk baik tapi sebab Syaf sayang akak. Syaf lelaki. Syaf tau macammane perasaan lelaki. Lelaki ni cepat bosan kak. Kalaulah andaikate 1 hari nanti, Faiz tu dah bosan dengan akak, tapi akak belum bernikah dengan dia, macammane kak? Kalau benda tu jadi 5-6 tahun lepas takpelah kak. Time tu akak muda lagi. Tapi kalau jadi 5-6 tahun akan datang macammane kak? Lelaki kalau usik perempuan, dia tak hilang pape kak. Perempuan yang akan hilang harga diri dan maruah dia kak. Syaf bukan nak takut-takutkan akak. Tapi Syaf kesian dekat mama dengan papa tu. Akak ade semuanya. Rumah sendiri ade, kereta ade, tapi akak masih belum berkahwin. Anak pun takde. Umur dah mencecah 27 tahun. Kawan-kawan akak yang lain mesti dah ade anak kan? Akak taknak jadi macam dorang?" , pujuk lembut Asyraf pada kakaknya.
Megalir airmata kakaknya. "Syaf.. Akak bukan taknak kahwin, puas Syaf akan desak Faiz tu. Tapi dia selalu bagi alasan. Parents dia pun dah puas memujuk dia tapi tak taulah sampai bila akak dengan dia macamni. Akak mintak maaf sebab tipu Syaf haritu. Syaf jangan bagitau papa dengan mama ye? Akak taknak dorang bencikan Faiz. Kalau boleh, akak nak dorang sayangkan Faiz macammane dorang sayangkan kite dik. Nanti akak try cakap dengan Faiz lagi erk. Asyraf pon tolonglah. Boleh?"
"Insya'Allah kak. Akak pon sama. Jangan lupa berdoa. Solat jangan tinggal. Kalau takde tempat nak mengadu, call je Syaf. Syaf sentiase ade mase untuk akak kesayangan Syaf ni. Kalau rase tak selesa nak berborak dengan Syaf yang lelaki ni, Allah ade. Akak doa je. Luahkan semuanya pada Dia. Dia sentiasa ade untuk hamba-hambaNya. HambaNya yang selalu takde mase untuk Dia.."
"Terima kasih Syaf sebab paham perasaan akak. Akak beruntung sebab ade adik sebaik Syaf. Terima kasih Syaf. Syaf doakan kebahagiaan akak ye?"
"Sentiase kak. Syaf sentiase mendoakan kebahagiaan kita sekeluarga. Akak banyak-banyak bersabar dan berdoa ye? Jangan lupe solat 5 waktu tu. Busy macammane pun, wajib tetap wajib."
"Insya'Allah Syaf. Syaf pun same tau. Nanti dah sampai sane, jangan lupe contact-contact akak. We have to keep in touch. Nanti akak rindu pulak dekat adik akak yang handsome ni. Kalau ade yang berkenan dekat sane, pastikan bagitau akak details dia k? Hahahahahahahahaha..."
"Hisshh akak ni. Merapu jela. Takdenyelah. Pegi pun belom sibuk cakap pasal jodoh. Akak ni sama je macam mama."
"Mane tumpahnya kuah kalau tak ke nasi..", tiba-tiba mama menjawab daripada luar dan masuk ke dalam bilik Asyraf.
"Mama....", serentak Asyraf dan Amani memanggil.
"Ye anak-anak mama.. Dah lamanye rumah kita tak riuh dek suara kamu berdua. Rindu pulak ibu dekat anak-anak ibu ni."
"Alayh bu. Tak yah sedih-sedih. Akak ade 1 berita gembira ni. Akak nak pindah masuk balik rumah mama dengan papa. Boleh tak??"
"Hah?! Betul ke kak?? Alhamdulillah. Kenapa tak boleh pulak? Dah lama mama dengan papa tunggu saat ni. Anak gadis kami balik ke rumah kami balik. Mestilah boleh."
"Eh kak, tiba-tiba aje ni? Tadi kita borak pasal benda lain kan?", bisik Asyraf.
"Akak buat keputusan ni untuk kebaikan akak dan family kita jugak."
"Terima kasih kak.."
"Papa! Oh papa! Mai lah naik atas ni. Ade berita gembira ni.." , jerit mama memanggil papa.
"Ye ye.. Papa naik ni.."
"Kenapa ni?" , soalan pertama terpancul dari mulut papa.
"Guess what?", duga mama.
"Tak boleh nak tekalah sayang. I ni dah tualah. Hahaha.."
"Amani is moving in here back!"
"Are you sure honey??! Are sure you wanna live here back? With me and your mama??"
"Yes papa. I'm moving in. I'm not gonna leave you both anymore unless I've been married."
"Dengar tu Faiz. Kakak cakap dia taknak duduk tempat lain da selagi dia tak kahwin. Kalau kau nak dia keluar selalu dengan kau balik, kau kawin dengan dia dulu. Kalau tak, tak boleh. Sebab penjaga syurga dia sekarang ada dengan dia. Kau belum lagi menjadi syurga untuk dia.", perli Asyraf.
Faiz sekadar tersenyum sinis memandang Asyraf. 
"Eh dah lah tu. Tak yah borak banyak-banyak sangat. Memandangkan semua ada dekat sini, Syaf benarkan korang semua hantar Syaf. Tapi naik kereta paling cikai dalam rumah ni. Means, Vios akak. Kereta lain tak boleh. Syaf tak nak orang tau Syaf anak Tan Sri Ahmad Yusuf Bethold Abdullah.", jelas Asyraf.
"Akak boleh je. Takda masalah. Mama dengan papa ok tak nak naik kereta akak ni?"
"Mama dengan papa besar hati menerima pelawaan anak kami.", jelas mama.
"Ok. Kalau macamtu, Faiz! U terpakse balik naik teksilah erk. I mintak maaf. But, this is family matter. I tak boleh libatkan U. Nanti adik I ni terasa asing pulak dengan kami."
"Oklah , kalau macam tu I balik dulu. Terima kasih semua.", berbaur kecewa suara Faiz. Tidak dia sangka bahawa Amani akan berubah begitu sekali selepas berjumpa dengan adiknya.
"Assalamualaikum 'Abang Faiz'." , perli Asyraf pada Faiz yang seringkali terlupa memberi salam. 
"Waalaikumusalam."


*****


Hampir 4 jam didalam kereta, akhirnya mereka sekeluarga sampai dirumah penginapan Bahtera kepunyaan Datuk Amri. Memang Tan Sri Yusuf pernah kesini. Jadi tidaklah sukar untuk mereka mencari tempat itu. Selepas berjumpa dengan Datuk Amri, mereka sekeluarga mengambil peluang untuk berehat bersama dan mengambil beberapa gambar kenangan bersama. 2 jam selepas berehat, keluarga Asyraf meminta diri untuk pulang. 


*****


Pagi Isnin itu, Asyraf memulakan sesi perkenalan bersama pekerja-pekerja di syarikat itu. Datuk Amri hanya berada di situ lebih kurang sejam. Kemudian, Asyraf hanya ditemani dengan En. Daud yang merupakan manager disitu. Asyraf bakal menggantikan tempat En. Daud ini bermula esok hari. Jadi memang satu hari suntuk, En. Daud menerangkan dengan lebih mendalam tentang tugas-tugas Asyraf sebagai seorang manager. Disini, kelihatan lebih ramai pekerja wanita dibahagian office manakala di kilang pula, tiada seorang pun pekerja wanita. Ini jelas menunjukkan dimata Asyraf, bahawa wanita zaman sekarang lebih bekerjaya berbanding lelaki. Sepanjang hari perkenalan Asyraf, Asyraf dikelilingi wanita-wanita yang bakal menjadi orang bawahannya. Rata-rata ramai yang masih muda dan kelihatan belum berpunya malah mempunyai raut wajah yang menarik. Cuma dimata Asyraf, ada seorang gadis yang diperhatikan olehnya dari pagi sehinggalah menjelang petang, tidak langsung mengendahkan dirinya. Gadis itu kelihatan sungguh berbeza daripada gadis-gadis yang tidak jemu mendekati Asyraf. Asyraf sendiri naik penat melayan mereka. Soalan mereka juga sangat pelik dan kadang-kadang tidak diterima oleh akal langsung. Ada yang datang kepadanya sekadar untuk bertanya, dari mana dia mendapat mata yang dia ada sekarang? Tak ke pelik tu? Asyraf hanya mampu tersenyum tiap kali ada soalan-soalan merepek yang ditanya oleh pekerja-pekerja dia tu. Seseorang itu yang hanya mampu membuat dia tertarik. Tetapi tak berani pula untuk dia mendekati kerana bimbang disalah anggap. Asyraf yakin yang gadis itu belum berpunya kerana rupanya yang masih keanak-anakkan dan tingkahnya yang Asyraf lihat seperti belum matang. Tergerak hati Asyraf untuk mengenali hati gadis itu. Dan Asyraf akan pastikan yang gadis itu akan menjadi miliknya. Dia yakin yang gadis itu miliknya. 

Asya seperti terasa ada seseorang yang sedang memerhatikannya. Tetapi dia tidak pasti. 'Ahh.. Mungkin perasaan aku je kot. Manelah ade orang yang mahukan diri aku ni. Rupa pun tidak secantik dan semanis Nora Danish. Hahaha..' 



*Harap entry kedua ini mempunyai tarikan untuk semua. Maaf kerana mungkin tidak menarik macam yang diharapkan. Terima kasih kerana membaca dan maaf kerana terlalu panjang :)
Assalamualaikum .

2 comments: